Penyalahgunaan bahan adalah pengambilan UBAT, RACUN dan DADAH yang TIDAK MENGIKUT PERATURAN dan nasihat DOKTOR.
Untuk pembelajaran Tahun 1, kita akan menyentuh topik:
- Penggunaan bahan
- Penyimpanan
- Bahaya Dadah
Ubat-ubatan dan racun boleh
mendatangkan kesan sampingan kepada pengguna sekiranya penggunaannya
melebihi dos dibenarkan atau disalah guna.
Berikut merupakan garis panduan untuk penggunaan ubat dan racun yang selamat
- Tahu nama ubat/racun yang sedang diambil.
- Membaca label botol atau sampul ubat/racun sebelum menggunakannya.
- Menggunakan alat sukatan yang tepat dan standard semasa menyukat penggunaan ubat cecair atau racun.
- Simpan ubat-ubat dan racun pada tempat yang sepatutnya atau dalam bekas yang sesuai.