Monday 3 October 2011

Makanan Harian


Rajah di atas menunjukkan piramid makanan serta keperluan sajian seharian kita.
Namun begitu, keperluan ini adalah untuk gaya hidup yang sederhana.
Sekiranya ahli keluarga adik yang melakukan kerja berat seperti buruh, petani, ahli sukan, mereka memerlukan sajian yang lebih kerana aktiviti berat memerlukan kalori yang banyak.

Makanan seharian yang kita makan terbahagi kepada dua iaitu makanan khasiat dan makanan rapu.
Makanan yang berkhasiat adalah makanan yang mengandungi cukup protein,karbohidrat,vitamin dan mineral.
Contoh makanan khasiat dan rapu adalah seperti rajah di bawah.

Makanan khasiat adalah seperti roti, sayur-sayuran, buah-buahan, susu, daging, ayam dan sebagainya.
Makanan rapu pula adalah seperti keropok, minuman bergas, gula-gula dan sebagainya.

Kebaikan makanan berkhasiat adalah:
  • Menjamin kesihatan tubuh badan.
  • Tidak mudah diserang penyakit. 
  • Dapat membina otak yang cerdas.
Untuk pengetahuan adik-adik, terdapat tiga waktu utama makan kita iaitu pagi, tengah hari dan malam.
Adik-adik perlu mengikuti waktu tersebut bagi menjamin kesihatan tubuh adik-adik.
Namun begitu, sarapan pagi amatlah penting untuk kesihatan kita kerana makanan yang kita makan mampu memberi kecerdagasan pada tubuh untuk memulakan tugas harian kita.

Sunday 2 October 2011

Tahun 1- Kebersihan Rambut

Adik-adik tahu rajah di atas itu gambar apa? Itu la KUTU.
Sekiranya adik-adik tidak menjada kesihatan, maka pelbagai penyakit akan mudah menyerang dan salah satunya adalah kutu.
Kutu mudah berjangkit dan merebak dengan hanya sentuhan dari kepala ke kepala. 
Saiz kutu amatlah kecil, namun begitu kita masih dapat melihat dengan mata kasar.

Berikut merupakan maklumat mengenai kutu....
  • Telur kutu: Telur kutu kelihatan kecil kekuningan, atau coklat sebelum ia menetas. Setelah menetas, kulitnya yang terlekat pada rambut berwarna putih atau jernih. Kutu bertelur pada rambut dekat dengan permukaan kulit dan akan menetas dalam masa 1 hingga 2 minggu selepas ia dihasilkan.
  • Kutu adalah sangat boleh berjangkit dan boleh tersebar dengan cepat dari orang ke orang, terutamanya dalam keadaan berkumpulan (sekolah, tadika, aktiviti sukan, perkhemahan). 
  • Kutu tidak boleh melompat atau terbang. 
Sekiranya adik-adik terkena kutu, apa tindakan yang boleh adik lakukan:
  • Mendapatkan rawatan doktor. Lazimnya doktor mungkin memberi rawatan syampu berubat, bilasan krim atau losyen untuk membunuh kutu.Rawatan-rawatan ini boleh membunuh kutu dengan segera.
  • Basuh semua cadar dan pakaian yang telah dipakai oleh sesiapa sahaja yang telah terkena jangkitan kutu di rumah anda dalam air panas, dan keringkannya di tempat panas.
  • Cuci kering sebarang pakaian dan permainan yang tidak boleh dibasuh dengan mesin. Atau, masukkannya dalam beg kedap udara selama 2 minggu.
  • Bersihkan dengan pembersih hampagas karpet dan perabot upholsteri anda (di rumah atau kereta).
  • Rendam barang penjagaan rambut seperti sikat, pengikat rambut dan berus dalam syampu berubat atau alcohol selama satu jam. Atau membasuhnya dengan air panas atau buangkan sahaja ia.
Ubat Kutu dan sikat kutu

Tahun 1- Kebersihan Gigi

Gigi merupakan komponen penting untuk kita...
Tanpa gigi kita tidak dapat mengunyah makanan dengan sempurna.
Cuba adik-adik bayangkan sekiranya hidup tanpa gigi... Sudah semestinya adik-adik tidak dapat memakan makanan yang keras seperti biskut, buah dan sebagainya..

Oleh itu.. penjagaan gigi amatlah penting..

Untuk pengetahuan adik-adik, kita perlu memberus gigi kita sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Sekiranya adik-adik memakan makanan yang manis seperti gula-gula, coklat, kek dan sebagainya, adik-adik perlu memberus gigi bagi mengelakkan gigi adik mudah rosak akibat makanan yang manis.
Bagi perawatan pula, kita digalakkan berjumpa dengan doktor gigi sebanyak dua kali setahun.
Adik-adik tidak perlu takut untuk berjumpa dengan doktor kerana doktor akan memberi rawatan yang terbaik untuk gigi kita.

Kepada adik-adik, rajah di bawah menunjukkan makanan yang adik-adik boleh makan dan tidak boleh makan..

Makanan yang berkhasiat untuk tubuh dan gigi adalah:
1. Susu/Keju
2. Roti
3. Daging/Ayam/Ikan
4. Nasi
5. Buah-buahan
6. Sayur-sayuran

Makanan yang tidak sihat untuk tubuh dan gigi adalah:
1. Gula-gula
2. Coklat
3. Minuman bergas
4. Gula yang berlebihan
5. Gula-gula getah


Ok, adik-adik...seperti biasa ada latihan untuk adik-adik...
Adik-adik perlu menandakan salah atau betul pada kotak yang disediakan samada makanan tersebut baik untuk gigi atau tidak.
Adik-adik juga boleh dapatkan latihan di sini... ESLPrintable

Saturday 1 October 2011

Tahun 1- Mari Mengenal Tubuh

Hai semua....Jom kita kenali tubuh badan kita.

Sebagai manusia, kita perlu bersyukur dengan tubuh badan kita.
Bagi menunjukkan rasa syukur, kita perlu menjaga kesihatan tubuh tidak kira dalaman atau luaran dari rambut hinggalah ke kaki.

Jom kita wat latihan.
Padankan perkataan dengan anggota tubuh pada rajah tersebut..
Adik-adik boleh muat turun latihan ini dan cetak.. Selamat Mencuba.