Sunday 11 December 2011

PEMAKANAN

Konsep Pemakanan

1. Mengamalkan pemakanan yang seimbang membantu tumbesaran badan dengan sihat dan

    sempurna. Makanan yang berkhasiat menjadikan tubuh badan sihat, otak yang cerdas dan dapat

    menghindari daripada dijangkiti penyakit.


2. Makanan perlu dimakan mengikut sukatan dan keperluan tubuh badan dan memilih makanan yang

    dapat memberi tenaga, membina tubuh dan memelihara kesihatan. Pengambilan makanan yang

    berlemak dan berminyak perlu dikurangkan.



3. Minum air sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari.



4. Panduan pengendalian makanan yang perlu diamalkan ialah :

      i) memilih makanan segar

     ii) membasuh tangan sebelum menyediakan, mengelap pinggan mangkuk sebelum

         menggunakannya, mengelap meja, membasuh tangan sebelum dan selepas makan

    iii) menutup makanan yang telah dimasak dengan tudung saji.


Kumpulan Makanan, Fungsi Dan Sumbernya

1. Karbohidrat

Berfungsi sebagai pembekal tenaga utama. Sumber karbohidrat adalah daripada beras, mee, roti, pasta, ubi dan jagung.
 








2. Protein

20 peratus kandungan tubuh manusia terdiri daripada protein. Antara fungsi protein dalam tubuh manusia adalah untuk : 

  •  Tumbesaran
  •  Membawa oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh
  • Membantu dalam proses pembekuan darah
  • Membentuk tisu baru
  • Menghasilkan tenaga
  • Membentuk enzim dan hormon
  • Membekalkan nitrogen dan karbon

Protein banyak terdapat dalam makanan seperti daging, telur, ikan, ayam, susu dan hasil tenusu serta kekacang.



3. Vitamin

Merupakan nutrien yang diambil dalam kuantiti yang sedikit. Fungsi vitamin adalah untuk :

  • Menyihatkan kulit
  • Meningkatkan deria penglihatan
  • Bertindak sebagai koenzim
  • Terlibat dalam sistem perkumuhan

Vitamin boleh diperoleh daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.



4. Garam galian

Salah satu fungsi garam galian adalah untuk tumbesaran dan menguatkan tulang dan gigi. Garam galian juga diperlukan dalam pergerakan otot. Garam galian banyak terdapat dalam kerang, ketam, udang, hati dan limpa.



5. Lemak

Makanan berlemak memerlukan masa yang lebih panjang untuk dihadamkan berbanding dengan kenis makanan yang lain. Lemak disimpan dibahagian-bahagian tertentu iaitu dibawah kulit, jantung dan saluran darah. Lemak dalam tubuh berfungsi untuk :

  • Tenaga simpanan
  • Mengelakkan kesejukan
  • Melindungi organ dalam tubuh

Lemak dalam makanan boleh diperoleh daripada minyak, marjerin, mentega dan minyak sapi.

Panduan Pengambilan Makanan

Kumpulan Makanan
Kanak-kanak
Remaja
Dewasa
1. Karbohidrat
5-6 hidangan
4-6 hidangan
3-4 hidangan
2. Protein
   
5-6 hidangan
4-5 hidangan
4-5 hidangan
3. Vitaman dan Mineral
3-4 hidangan
3-4 hidangan
2-3 hidangan

Sumber : Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Piramid Makanan

Lemak, minyak dan gula

 ikan, daging, kekacang,                

susu, dan hasil tenusu 

buah-buahan dan        
sayur-sayuran  
        
beras, gandum dan ubi-ubian       





Piramid makanan memberikan panduan untuk memilih makanan secara sihat. Dalam piramid makanan, kumpulan makanan di bahagian paling bawah perlu diambil paling banyak, manakala kumpulan makanan di bahagian paling atas perlu diambil paling sedikit. Terdapat lima kumpulan makanan pada empat aras berasaskan nutrien dan fungsinya.

1. Bijirin, hasil bijirin dan pelbagai jenis ubi.
·         Merupakan aras dasar dalam piramid makanan yang terdiri daripada jenis makanan sumber karbohidrat kompleks.
·         Merupakan sumber tenaga dan sumber vitamin, mineral, serat dan protein.
·         Makanan dalam kumpulan ini perlulah menjadi sebahagian besar daripada sajian harian kita.
·         Contoh jenis makanan dalam aras ini ialah nasi, mee, mihun, pasta, roti, bijirin, capati. Biskut dan pelbagai jenis ubi.

2. Buah-buahan dan sayur- sayuran
·         Terletak pada aras kedua piramid makanan
·         Makanan dalam kumpulan ini merupakan sumber vitamin, mineral dan serat.

3. Ayam, daging,ikan dan kekacang
·         Kumpulan makanan ini terletak pada aras ketiga piramid makanan
·         Makanan dalam kumpulan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium.
·         Antara contoh kekacang ialah kacang soya, kacang hijau, kacang merah dan kacang dal.

4. Hasil tenusu
·         Hasil tenusu terletak pada aras yang sama dengan daging.
·         Contoh tenusu ialah susu, keju dan yogurt.
·         Makanan ini kaya dengan kalsium

5. Lemak, minyak dan gula
·         Kumpulan lemak, minyak dan gula serta makanan yang tinggi kandungan bahan ini terletak pada aras teratas piramid makanan.
·         Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan dalam kumpulan ini yang diperlukan.


LATIHAN


 







1 comment:

  1. Wireless Internet aDNet Citra Raya Cikupa, Gading Serpong Tangerang, Balaraja, Cikande Handal, Cepat, Unlimited, Partner Koneksi Internet Anda aDnet is Near You Now E-mail/YM: adnetcs@yahoo.com SMS/Tel: 083870739953, 02170646473 Telepon: 02193536573 Android: 02156131153

    ReplyDelete