Konsep Pemakanan
1. Mengamalkan pemakanan yang seimbang membantu tumbesaran badan dengan
sihat dan
sempurna. Makanan yang
berkhasiat menjadikan tubuh badan sihat, otak yang cerdas dan dapat
menghindari daripada dijangkiti
penyakit.
2. Makanan perlu dimakan mengikut sukatan dan keperluan tubuh badan dan
memilih makanan yang
dapat memberi tenaga, membina
tubuh dan memelihara kesihatan. Pengambilan makanan yang
berlemak dan berminyak perlu
dikurangkan.
3. Minum air sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari.
4. Panduan pengendalian makanan yang perlu diamalkan ialah :
i) memilih makanan segar
ii) membasuh tangan sebelum
menyediakan, mengelap pinggan mangkuk sebelum
menggunakannya, mengelap
meja, membasuh tangan sebelum dan selepas makan
Kumpulan
Makanan, Fungsi Dan Sumbernya
1. Karbohidrat
Berfungsi sebagai pembekal tenaga utama. Sumber karbohidrat adalah
daripada beras, mee, roti, pasta, ubi dan jagung.
2. Protein
20 peratus kandungan tubuh manusia terdiri daripada protein. Antara
fungsi protein dalam tubuh manusia adalah untuk :
- Tumbesaran
- Membawa oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh
- Membantu dalam proses pembekuan darah
- Membentuk tisu baru
- Menghasilkan tenaga
- Membentuk enzim dan hormon
- Membekalkan nitrogen dan karbon
Protein banyak terdapat dalam makanan seperti daging, telur, ikan, ayam,
susu dan hasil tenusu serta kekacang.
3. Vitamin
- Menyihatkan kulit
- Meningkatkan deria penglihatan
- Bertindak sebagai koenzim
- Terlibat dalam sistem perkumuhan
Vitamin boleh diperoleh daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.
4. Garam galian
Salah satu fungsi garam galian adalah untuk tumbesaran dan menguatkan
tulang dan gigi. Garam galian juga diperlukan dalam pergerakan otot. Garam
galian banyak terdapat dalam kerang, ketam, udang, hati dan limpa.
5. Lemak
Makanan berlemak memerlukan masa yang lebih panjang untuk dihadamkan
berbanding dengan kenis makanan yang lain. Lemak disimpan dibahagian-bahagian
tertentu iaitu dibawah kulit, jantung dan saluran darah. Lemak dalam tubuh
berfungsi untuk :
- Tenaga simpanan
- Mengelakkan kesejukan
- Melindungi organ dalam tubuh
Lemak dalam makanan boleh diperoleh daripada minyak, marjerin, mentega
dan minyak sapi.
Panduan
Pengambilan Makanan
Kumpulan Makanan
|
Kanak-kanak
|
Remaja
|
Dewasa
|
1. Karbohidrat
|
5-6 hidangan
|
4-6 hidangan
|
3-4 hidangan
|
2. Protein
|
5-6 hidangan
|
4-5 hidangan
|
4-5 hidangan
|
3. Vitaman dan Mineral
|
3-4 hidangan
|
3-4 hidangan
|
2-3 hidangan
|
Sumber : Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Piramid
Makanan
Lemak, minyak dan gula
ikan, daging, kekacang,
susu, dan hasil tenusu
buah-buahan dan
sayur-sayuran
beras, gandum dan
ubi-ubian
Piramid makanan memberikan panduan untuk memilih makanan secara sihat.
Dalam piramid makanan, kumpulan makanan di bahagian paling bawah perlu diambil
paling banyak, manakala kumpulan makanan di bahagian paling atas perlu diambil
paling sedikit. Terdapat lima kumpulan makanan pada empat aras berasaskan
nutrien dan fungsinya.
1. Bijirin, hasil bijirin dan pelbagai jenis ubi.
·
Merupakan aras dasar dalam piramid makanan yang
terdiri daripada jenis makanan sumber karbohidrat kompleks.
·
Merupakan sumber tenaga dan sumber vitamin, mineral,
serat dan protein.
·
Makanan dalam kumpulan ini perlulah menjadi
sebahagian besar daripada sajian harian kita.
·
Contoh jenis makanan dalam aras ini ialah nasi, mee,
mihun, pasta, roti, bijirin, capati. Biskut dan pelbagai jenis ubi.
2. Buah-buahan dan sayur- sayuran
·
Terletak pada aras kedua piramid makanan
·
Makanan dalam kumpulan ini merupakan sumber vitamin,
mineral dan serat.
3. Ayam, daging,ikan dan kekacang
·
Kumpulan makanan ini terletak pada aras ketiga
piramid makanan
·
Makanan dalam kumpulan ini kaya dengan protein,
vitamin B, zat besi, zink dan magnesium.
·
Antara contoh kekacang ialah kacang soya, kacang
hijau, kacang merah dan kacang dal.
4. Hasil tenusu
·
Hasil tenusu terletak pada aras yang sama dengan
daging.
·
Contoh tenusu ialah susu, keju dan yogurt.
·
Makanan ini kaya dengan kalsium
5. Lemak, minyak dan gula
·
Kumpulan lemak, minyak dan gula serta makanan yang
tinggi kandungan bahan ini terletak pada aras teratas piramid makanan.
·
Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan dalam
kumpulan ini yang diperlukan.
LATIHAN